KUALA NERUS: Trend jenayah di Terengganu menunjukkan penurunan sebanyak 16 peratus dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata penularan pandemik COVID-19 menjadi antara faktor penurunan kes jenayah di negeri itu.
Jelasnya sepanjang tempoh itu sebanyak 785 kes direkodkan berbanding 936 kes dalam tempoh yang sama pada tahun tahun lalu.
"Kalau kita bandingkan dengan tahun lalu, ia menunjukkan penurunan sebanyak 16 peratus. Maknanya trend jenayah ini menurun sedikit sebanyak akibat penularan virus COVID-19," katanya.
Beliau berkata kes kecurian, pecah rumah dan curi motosikal antara tiga jenayah utama yang menyumbang kepada indeks jenayah di Terengganu.
Daripada jumlah itu, kes kecurian menjadi penyumbang utama apabila sebanyak 294 kes atau 37 peratus direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Rohaimi berkata ini diikuti kes pecah rumah iaitu sebanyak 251 kes atau 32 peratus.
Manakala kes kecurian motosikal pula merekodkan sebanyak 111 kes atau 14 peratus kepada keseluruhan jenayah di Terengganu.
Rohaimi berkata, trend penurunan itu hasil operasi dilakukan pihak polis secara berterusan bagi mengesan aktiviti jenayah di lapangan.
Nur Fazlizai Ali
Sun Aug 01 2021
Rohaimi berkata kes kecurian, pecah rumah dan curi motosikal antara tiga jenayah utama yang menyumbang kepada indeks jenayah di Terengganu. -Astro AWANI
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Budak 5 tahun nodai adik kembar akibat ketagih seks
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KDN sedia adakan libat urus dengan Ahli Parlimen berkenaan pindaan POCA - Saifuddin
KDN bersedia untuk mengadakan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan POCA 1959.
Kes jenayah di Terengganu turun sebanyak 16 peratus
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata penularan pandemik COVID-19 menjadi antara faktor penurunan kes jenayah di negeri itu.